PANORAMA SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN

SMK Bukit Gambir ditubuhkan pada tahun 1965. Pada mulanya sekolah ini menumpangkan di bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Bilangan murid pada masa itu ialah seramai 106 orang dalam lima kelas aliran Bahasa Melayu. Pada tahun 1967, SMK Bukit Gambir berpindah di bangunan sendiri di kawasan seluas 8.5 ekar di Kampung Sungai Ekor atau dikenali sebagai Sungai Jaya.

NAMA SEKOLAH

SMK Bukit Gambir diberi nama berdasarkan lokasinya iaitu di kawasan Bukit Gambir. Nama ini adalah mengikut keadaan geografi yang berbukit bukau dan merupakan kawasan penanaman pokok gambir yang utama. Penanaman gambir disini dijalankan mengikut kangcu.

PERKEMBANGAN SEKOLAH

1965- SMK Bukit Gambir menumpang di SK Bukit Gambir. Muridnya seramai 106 orang dalam aliran Bahasa Melayu.

1967- SMK Bukit Gambir berpindah ke Sungai Jaya. Bangunan sekolah ini terdiri daripada 2 blok tingkat. Bangunan ini mengandungi lapan buah kelas, tiga bilik Seni Perusahaan, dua bilik Sains Rumahtangga, sebuah Makmal Sains, pejabat dan bilik perpustakaan.

1968- Bilangan guru 8 orang dan 2 tukang kebun.

1969- Kelas Peralihan dimulakan. Persekolahan dua sesi dilaksanakan iaitu pagi dan petang. Bilangan guru bertambah kepada 22 orang yang terdiri daripada 19 orang guru terlibat dan 3 orang guru dalam latihan. Kakitangan bukan akademik ditambah. 3 Orang tukang kebun dan seorng tukang sapu.

1970- Mendapat peruntukan padang permainan dan pagar sekolah.

1971- Bangunan tambahan 2 tingkat mengandungi 1 bilik darjah dan pejabat (Blok A). Kantin sekolah dibina. Bilangan guru ditambah menjadi 31 orang, 873 pelajar dan 10 orang kakitangan sekongan.

1972- Kali pertama pelajar aliran Inggeris menduduki peperiksaan Lower School Certificate (LCE). Persatuan Ibu Bapa dan Guru ditubuhkan dan didaftarkan pada 26.11.1973. Pengerusi PIBG pertama ialah Tn. Hj. Rahim b. Hj. Idris.

1975- Bangunan tambahan 2 tingkat mengandungi 2 bilik Makmal Sains dan 9 bilik darjah (BlokD).

1981- Kelas Aliran Sains dibuka. 49 orang pelajar terpaksa menumpang di SMK Tengku Mahmud Iskandar kerana kekurangan bilik darjah dan guru.

1982- Bangunan tambahan 2 tingkat dibina mengandungi 3 Makmal Sains dan tujuh bilik darjah.Gelanggang serbaguna dan perpustakaan sementara dibina. Bilangan guru 74 orang , 1709 pelajar dan 20 orang kakitangan sokongan.

1985- Koperasi sekolah ditubuhkan dan didaftarkan.

1990- 2 buah bangunan satu tingkat dibina secara bergotong-royong mengandungi 8 bilik darjah.

1999- Dewan Besar SMK Bukit Gambir dibina. Kelas Tingkatan 6 dibuka dengan 39 orang pelajar.

2001- Pembinaan Makmal Komputer Sekolah.

2002- Mata Pelajaran Reka Cipta mula ditawarkan kepada 29 orang pelajar Tingkatan 4. Kelas ini dikendalikan oleh 2 orang guru.

2003- Mata Pelajaran MPV (Membuat Perabot) pertama kali ditawarkan kepada 25 orang pelajar Tingkatan 4. Kelas ini dikendalikan oleh 2 orang guru.

2004- Sekolah telah menawarkan Mata Pelajaran Komputer Grafik kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4.

2007- Mata Pelajaran ICT telah pertama kali diperkenalkan kepada 20 orang pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains Tulen.

2008- Menaiktaraf surau dengan peruntukan Kementerian Pendidikan sebanyak RM 200 000.

2009- 2 blok baru sedang dibina dan dijangkakan siap pada tahun 2010 dan 1 blok baru telah siap dan digunakan sebagai pusat pentadbiran.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP